Monday, November 30, 2015

Saham Esceram ini saya beli pada 3 September 2015. Ketika itu harganya ialah RM0.285. Seperti biasa saya tak akan beritahu berapa jumlah unit yg saya beli kerana itu tidak penting. Yang penting ialah ROI yg akan saya perolehi.

Saya menjual semula saham ini pada 22 Oktober ketika berharga RM0.405. Ini adalah suatu kesilapan yg saya berharap tidak akan saya lakukan lagi selepas ini. Kerana saya menjual ketika harga baru nak mula trending naik. Pada ketika itu jikalau saya bersabar utk tiga hari sahaja lagi, saya boleh menjual saham ini pada harga 55 sen. Lihat pada graf di atas, harga naik meletup utk satu hari sebelum turun sedikit pada keesokan harinya.

Pada hari seterusnya, harga naik kembali. Namun adakah ia akan trending semula seperti minggu sebelumnya? Lihat pada graf volume oscilator di bawahnya. Harga semakin ditutup naik setiap hari, tetapi volume semakin menurun pada setiap hari. Ini adalah petanda yg saham ini akan menjunam ke bawah kembali. Lihat pada graf bahawa harga saham ini kembali jatuh pada akhir bulan November 2015.

Berapa ROI yg saya terima?

0.405 - 0.285 / 0.285 * 100% = 42%

Saya membuat ROI yg agak besar di situ iaitu sebanyak 42% dalam tempoh satu bulan setengah sahaja.


Hati-hati! Trade saham adalah berisiko tinggi. Saya hanya ceritakan keuntungan. Padahal saya sendiri pernah mengalami kerugian. Yang penting buat trade dgn menggunakan ilmu. Bukannya berjudi!




0 comments:

Popular Posts