Tuesday, September 1, 2015

Saham Comcorp ni saya beli pada 25 May 2015. Pada ketika itu harganya ialah RM0.23 seunit. Saya tak akan beritahu di sini berapa unit yg telah saya beli. Perhatikan graf di atas pada tulisan 0.23 tersebut adalah tarikh saya beli saham ni, dan ketika itu kedudukan candlestick berada pada lower bollinger band. Kalau ingin lebih bagus, saya sepatutnya masuk membeli ketika hujung bulan Jun iaitu ketika harga 0.225. Pada ketika itu kedudukan candlestick ialah di garis tengah dan ingin memasuki upper bollinger band.

Kita confirmkan pula melalui graf MACD adakah itu masa yg sesuai utk membeli saham Comcorp? Ya, kelihatan garis histogram berada pada garis zero dan seterusnya bertukar ke positif histogram pada hari berikutnya. Inilah masa yg sepatutnya sesuai utk membeli.

Saya menjual saham ini pada 10 July 2015. Ketika itu harganya 0.34 sen seunit. Adakah saya menjual terlalu awal? Mungkin. Jikalau saya tunggu seminggu lagi, harganya boleh jadi 41 sen seperti graf di atas. Sebenarnya jikalau saya bersabar, saya boleh untung lebih banyak lagi. Jadi sebenarnya pada masa bila yg sesuai utk saya jual saham ini? Saya sepatutnya menjual ketika histogram pada graf MACD berada kembali pada kedudukan garis zero iaitu pada pertengahan Julai. Selepas itu graf histogram bertukar ke arah negatif dan harga kembali jatuh. Since harga ketika itu ialah 34 sen, jadi ia tak memberi apa2 makna jika saya menjual terlebih awal kerana saya sudah pun mengaut keuntungan.

Berapa ROI saya dgn jual-beli saham Comcorp ini?

0.34 - 0.23 / 0.23 * 100% =  47.83% 

ROI sebanyak 47% dalam tempoh satu bulan lebih sahaja.

Kalau bandingkan dgn ASB, berapa ROI yg mereka bagi setahun?

+- 7.5% setahun

Kalau sebulan?

7.5% / 12 = 0.00625 % sebulan


Hati-hati! Trade saham adalah berisiko tinggi. Saya hanya ceritakan keuntungan. Padahal saya sendiri pernah mengalami kerugian. Yang penting buat trade dgn menggunakan ilmu. Bukannya berjudi!


0 comments:

Popular Posts